Tahap Penggunaan INMAS (Internship Management System) sebagai One Stop Center Dokumen Latihan Industri

Level of Use of INMAS (Internship Management System) as a One Stop Center for Industrial Training Documents

Authors

  • Nur Syahira Mohd Salleh Unit Perhubungan Industri Dan Alumni, Kolej Komuniti Bentong, Pahang, Malaysia
  • Zayanah Supyan Program Teknologi Pembinaan Bangunan, Kolej Komuniti Bentong, Pahang, Malaysia
  • Syarif Hidayatullah Taufiqurrahman UPT Sekolah Dasar Negeri 347 Gresik, 61182 Jawa Timur, Indonesia

Keywords:

INMAS, laman web, dokumen latihan industri, website, industrial training documents

Abstract

INMAS merupakan sistem yang dihasilkan bagi membantu dalam pengurusan latihan industri. Kajian ini dilaksanakan adalah untuk menilai tahap penggunaan INMAS sebagai pusat penyimpanan dokumen latihan industri berasaskan web dalam memudahkan pencarian dan capaian dokumen latihan industri dengan mudah dan cepat. Skop bagi kajian ini adalah tertumpu kepada pelajar Kolej Komuniti Bentong yang sedang menjalani latihan industri dan yang akan menjalani latihan industri. Sampel kajian terdiri daripada 98 orang pelajar Kolej Komuniti Bentong. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dalam mendapatkan maklumbalas pengguna INMAS. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik yang diedarkan melalui aplikasi Google Form semasa taklimat latihan industri diberikan kepada pelajar. Dapatan soal selidik dianalisis menggunakan SPSS versi 27. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan item tahap mesra pengguna INMAS kepada pelajar (4.41), rekabentuk antaramuka INMAS (4.54) dan kepentingan INMAS terhadap kelestarian alam sekitar (4.45). Skor min keseluruhan menunjukkan tahap yang tinggi. Secara keseluruhannya, INMAS yang dibangunkan di Kolej Komuniti Bentong membantu pelajar khususnya dalam pengurusan dokumen latihan industri secara sistematik, mengurangkan kebergantungan kepada dokumentasi fizikal serta menyokong pendigitalan dan meningkatkan imej profesional institusi. Dengan ciri-ciri yang mesra pengguna, mempunyai rekabentuk yang sesuai dan menyokong kelestarian alam sekitar, INMAS boleh disebarluas penggunaannya ke institusi lain. Bagi memastikan INMAS sentiasa relevan merentasi masa, penyelidikan dari segi penambahbaikan ciri-ciri dan kehendak pengguna INMAS perlu dibuat bagi memberi gambaran kepada pembangun INMAS untuk menambahbaik INMAS supaya menjadi lebih menyeluruh dari segi kepenggunaannya. Selain itu, kajian ini turut mengenal pasti beberapa kekangan seperti keperluan latihan penggunaan kepada pengguna baharu dan penyimpanan dokumen di dalam talian yang penuh.

INMAS is a system produced to assist in the management of industrial training. This study was conducted to assess the level of usage of INMAS as a web-based industrial training document storage center, facilitating the easy and quick search and access of industrial training documents. The scope of this study focuses on students of Bentong Community College who are currently undergoing or are scheduled to undergo industrial training. The research sample consists of 98 students from the institution. This research employed a quantitative method to gather feedback from INMAS users. Data were collected using a questionnaire distributed via Google Forms during the industrial training briefing given to the students. The survey results were analysed using SPSS version 27. Overall, the findings revealed high mean scores for user-friendliness (4.41), interface design (4.54), and the system's importance toward environmental sustainability (4.45). The overall mean score indicates a high level of acceptance. In conclusion, the INMAS system developed at Kolej Komuniti Bentong assists students in managing industrial training documentation systematically, reduces reliance on physical documents, supports digitalization, and enhances the institution's professional image. Given its user-friendly features, appropriate design, and commitment to environmental sustainability, the implementation of INMAS could be expanded to other institutions. To ensure INMAS remains relevant over time, continuous research into feature improvements and user requirements is essential to provide developers with insights for making the system more comprehensive in its utility. Additionally, this study identified several constraints, such as the need for training new users and limitations in online document storage capacity.

Author Biographies

Nur Syahira Mohd Salleh, Unit Perhubungan Industri Dan Alumni, Kolej Komuniti Bentong, Pahang, Malaysia

syahira@kkben.edu.my

Zayanah Supyan, Program Teknologi Pembinaan Bangunan, Kolej Komuniti Bentong, Pahang, Malaysia

zayanah@kkben.edu.my

Syarif Hidayatullah Taufiqurrahman, UPT Sekolah Dasar Negeri 347 Gresik, 61182 Jawa Timur, Indonesia

ayiptulla@gmail.com

Downloads

Published

2026-02-04

Issue

Section

Articles