Kesediaan Guru Pelatih terhadap Penggunaan Video Interaktif untuk Murid Masalah Pembelajaran di Program Pendidikan Khas Intergrasi

Pre-Service Teachers' Readiness in using Interactive Videos for Students with Learning Disabilities in the Integrated Special Education Programme

Authors

  • Exciry Anak Charlie Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia
  • Vestly Liang Soon Kong Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia
  • Daisy Anding Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia
  • Shirling Wong Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia

Keywords:

Kesediaan, guru pelatih, video interaktif, murid masalah pembelajaran, Program Pendidikan Khas Integrasi , Readiness, trainee teacher, interactive video, Integrated Special Education Programme, students with learning disabilities

Abstract

Perkembangan teknologi digital telah mengubah landskap pendidikan, termasuk dalam bidang pendidikan khas, di mana video interaktif menjadi alat bantu yang berkesan dalam meningkatkan minat dan pemahaman murid masalah pembelajaran. Kajian ini meneliti tahap pengetahuan, kesediaan, dan amalan guru pelatih pendidikan khas dalam penggunaan video interaktif bagi membantu murid bermasalah pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian deskriptif. Sampel terdiri daripada 108 guru pelatih yang menjalani latihan mengajar di sekolah menengah dengan Program Pendidikan Khas Integrasi, namun hanya 51 responden terlibat dalam soal selidik akhir. Data dianalisis menggunakan min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan guru pelatih dalam menggunakan video interaktif berada pada tahap yang tinggi dengan min 4.71 dan sisihan piawai 0.36. Tahap kesediaan guru pelatih untuk menggunakan pendekatan ini juga tinggi, dengan min 4.67 dan sisihan piawai 0.43. Ini membuktikan bahawa penggunaan video interaktif dapat meningkatkan penglibatan murid dan memudahkan pemahaman dalam pembelajaran. Implikasi kajian ini mencadangkan bahawa institusi latihan perguruan perlu menyediakan lebih banyak latihan dan sokongan teknologi bagi meningkatkan kesediaan dan amalan guru pelatih dalam menggunakan video interaktif dalam pengajaran.

The development of digital technology has transformed the educational landscape, including in the field of special education, where creative videos serve as effective tools in enhancing the interest and understanding of students with learning difficulties. This study examines the level of knowledge, readiness, and practices of special education trainee teachers in using interactive videos to assist students with learning difficulties in the Integrated Special Education Program. The study employs a quantitative approach with a descriptive research design. The sample consists of 108 trainee teachers undergoing teaching practice in secondary schools with the Integrated Special Education Program, but only 51 respondents participated in the final survey. Data were analyzed using mean and standard deviation. The findings indicate that the level of trainee teachers’ practice in using interactive videos is high, with a mean of 4.71 and a standard deviation of 0.36. The level of trainee teachers' readiness to adopt this approach is also high, with a mean of 4.67 and a standard deviation of 0.43. This proves that the use of interactive videos can enhance student engagement and facilitate understanding in learning. The study's implications suggest that teacher training institutions should provide more training and technological support to enhance trainee teachers' readiness and practices in using creative videos in teaching.

Author Biographies

Exciry Anak Charlie, Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia

m20241000345@siswa.upsi.edu.my

Vestly Liang Soon Kong , Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia

vestly@fpm.upsi.edu.my

Daisy Anding, Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia

m20241000341@siswa.upsi.edu.my

Shirling Wong, Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia

snowling8582@gmail.com

Downloads

Published

2025-06-30

Issue

Section

Articles