Penggunaan Kad Imbasan bagi Meningkatkan Motivasi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas

Using Flashcards to Increase the Motivation of Students with Special Educational Needs

Authors

  • Nur’ Ain Fatihah Amran Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Malaysia
  • Vestly Kong Liang Soon Kong Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Malaysia
  • Suresh Kumar Kuppusamy Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Malaysia

Keywords:

Kad imbas, motivasi, murid berkeperluan pendidikan khas, bahan bantu mengajar, Flashcards, motivation, special education needs students, teaching aids

Abstract

Penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran terhadap Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) mestilah bersesuaian dengan perkembangan kognitif mereka supaya proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dijalankan dengan berkesan. Maka, penggunaan kad imbasan merupakan salah satu bentuk bahan sokongan yang dilihat sesuai untuk digunakan terhadap MBPK dalam meningkatkan motivasi mereka. Aspek pengetahuan dan minat guru pendidikan khas dalam menggunakan kad imbasan juga memberi impak kepada MBPK dari pelbagai sudut termasuklah motivasi mereka. Hal ini yang demikian kerana bahan bantu visual seperti kad imbasan memudahkan murid untuk memahami sesuatu topik dengan jelas melalui elemen gabungan imej dan tulisan yang dipaparkan. Walaubagaimanapun, tahap motivasi MBPK yang rendah semasa proses PdP di jalankan di dalam kelas telah menyebabkan mereka cepat berasa bosan dan tidak berminat untuk melibatkan diri di sesi PdP.Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan kad imbasan dalam meningkatkan motivasi MBPK. Fokus kajian ini adalah untuk meneroka pengetahuan dan minat guru dalam menggunakan kad imbasan dan keberkesanan penggunaan kad imbasan terhadap peningkatan motivasi MBPK. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu temu bual berstruktur proses pengumpulan data yang melibatkan tiga orang guru pendidikan khas di sebuah sekolah di Simpang Ampat, Perlis. Pemerhatian secara langsung juga telah dilakukan terhadap guru pendidikan khas dan MBPK. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan dan minat guru yang tinggi dalampenggunaan kad imbasan membawa kepada keberkesanan kad imbasan. Hal ini seterusnya membawa kepada peningkatan motivasi dalam diri MBPK untuk terlibat dalam sesi PdP yang dijalankan. Implikasi kajian yang diperolehi daripada kajian ini adalah implikasi dari segi aspek motivasi MBPK dan pengajaran guru. Melalui kajian ini diharapkan agar dapat membantu guru dalam meneroka penggunaan bahan bantu mengajar yang pelbagai dalam menyokong keperluan MBPK.

The use of teaching aids in the instruction of Special Educational Needs (SEN) students must align with their cognitive development to ensure effective teaching and learning (T&L). Flashcards are seen as a suitable supplementary material to enhance SEN students' motivation, as they combine images and text to facilitate understanding. The knowledge and interest of special education teachers in using flashcards also significantly impact students' motivation. However, low motivation levels among SEN students during lessons often lead to boredom and disengagement. This study aims to examine the use of flashcards in increasing SEN students’ motivation by exploring teachers' knowledge, interest, and the effectiveness of flashcards in the classroom. Using a qualitative approach, structured interviews were conducted with three special education teachers from a school in Simpang Ampat, Perlis, along with direct classroom observations. Findings indicate that teachers with high levels of knowledge and interest in using flashcards contribute to their effectiveness, leading to increased student motivation. The study highlights implications for both SEN student motivation and teaching practices, encouraging educators to explore various teaching aids to better support SEN students’ needs.

Author Biographies

Nur’ Ain Fatihah Amran, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Malaysia

nrainfthhh@gmail.com

Vestly Kong Liang Soon Kong, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Malaysia

vestly@fpm.upsi.edu.my

Downloads

Published

2025-09-11

How to Cite

Amran, N. A. F., Kong, V. K. L. S., & Kuppusamy, S. K. (2025). Penggunaan Kad Imbasan bagi Meningkatkan Motivasi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas: Using Flashcards to Increase the Motivation of Students with Special Educational Needs. Pena Modern Practices in Teaching and Learning , 2(1), 29–41. Retrieved from http://penacendekia.com.my/index.php/pmptl/article/view/40

Issue

Section

Articles