Kemahiran, Minat dan Penggunaan Kod Tangan Pelajar Pendidikan Khas Pengkhususan Pendengaran

Skills, Interests, and Hand Code Use of Special Education Students Specializing in Hearing

Authors

  • Wan Syaza Nurqarirah Shaiful Bahri Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Malaysia
  • Vestly Kong Liang Soon Kong Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Malaysi
  • Ai Peng Chong Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Malaysia

Keywords:

Kod tangan, pendidikan khas, pelajar pengkhususan pendengaran, komunikasi, kemahiran, minat, Hand codes, special education, hearing impairment student, communication, skills, interest

Abstract

Kod tangan merupakan medium komunikasi utama bagi individu bermasalah pendengaran dan memainkan peranan penting dalam interaksi komuniti mereka. Selain simbol tangan yang membawa makna tertentu, bahasa badan dan ekspresi muka turut menjadi elemen penting dalam komunikasi kod tangan. Walau bagaimanapun, pelajar pendidikan khas pengkhususan pendengaran masih menghadapi kesukaran dalam menguasai kod tangan, yang boleh menjejaskan kebolehan mereka dalam mengajar murid pendidikan khas pada masa hadapan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran, minat, dan penggunaan kod tangan dalam kalangan pelajar pendidikan khas pengkhususan pendengaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik atas talian yang melibatkan 100 responden dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 29 dengan tumpuan kepada analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran kod tangan berada pada tahap sederhana (min = 3.38), minat terhadap kod tangan adalah tinggi (min = 4.29), dan tahap penggunaan kod tangan adalah sederhana hingga tinggi (min = 3.69). Walaupun minat terhadap kod tangan tinggi, kemahiran dan penggunaannya masih perlu dipertingkatkan. Oleh itu, usaha berterusan diperlukan bagi memastikan keberkesanan komunikasi dan penyampaian ilmu kepada murid pendidikan khas.

Hand codes serve as the primary communication medium for individuals with hearing impairments and play a crucial role in their community interactions. In addition to hand symbols that convey specific meanings, body language and facial expressions are also essential elements in hand code communication. However, special education students specializing in hearing impairment still face difficulties in mastering hand codes, which may affect their ability to teach special education students in the future. Therefore, this study aims to identify the level of skills, interest, and usage of hand codes among special education students specializing in hearing impairment. This study adopts a quantitative approach using an online questionnaire involving 100 respondents from Universiti Pendidikan Sultan Idris. The data were analyzed using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 29, focusing on descriptive analysis. The findings indicate that the level of hand code skills is moderate (mean = 3.38), interest in hand codes is high (mean = 4.29), and the usage of hand codes ranges from moderate to high (mean = 3.69). Although students show a high level of interest in hand codes, their skills and usage still require improvement. Therefore, continuous efforts are needed to ensure effective communication and knowledge delivery to special education students.

Author Biographies

Wan Syaza Nurqarirah Shaiful Bahri, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Malaysia

wansyaza011@gmail.com

Vestly Kong Liang Soon Kong , Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Malaysi

vestly@fpm.upsi.edu.my

Ai Peng Chong , Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Malaysia

apchong83@gmail.com

Downloads

Published

2025-09-11

How to Cite

Shaiful Bahri, W. S. N., Kong , V. K. L. S., & Chong , A. P. (2025). Kemahiran, Minat dan Penggunaan Kod Tangan Pelajar Pendidikan Khas Pengkhususan Pendengaran: Skills, Interests, and Hand Code Use of Special Education Students Specializing in Hearing. Pena Modern Practices in Teaching and Learning , 2(1), 18–28. Retrieved from http://penacendekia.com.my/index.php/pmptl/article/view/49

Issue

Section

Articles