Penguasaan Amali Asas Penyediaan Sandwic: Satu Kajian Kes ke atas Murid Autistik
Practical Mastery of the Basic of Sandwic Preparation: A Case Study of Autistic Students
Keywords:
Murid autistik, asas penyediaan sandwic, asas masakan, pendekatan, amalan pengajaran, Autistic student, the preparation of sandwiches, basic cooking, approaches, teaching, practicesAbstract
Asas penyediaan sandwic adalah salah satu kemahiran dalam Unit Kompetensi Asas Masakan dalam Dokumen Kurikulum Kemahiran Vokasional Pendidikan Khas. Penguasaan amali dalam kalangan murid autistik yang merangkumi kaedah dan pengajaran yang sesuai amat diperlukan untuk meningkatkan penguasan murid di dalam sesi pengajaran kelas asas masakan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam kelas amali Asas Masakan Penyediaan Sandwic dan implikasi pendekatan yang telah dilaksanakan kepada murid autistik di dalam kelas Asas Masakan. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan kaedah kajian secara kualitatif yang dilaksanakan secara reka bentuk kajian kes. Kajian ini melibatkan tiga orang guru PPKI yang dipilih di sebuah sekolah menengah harian biasa yang menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi di Sungai Petani, Kedah yang mengajar mata pelajaran asas masakan dan vokasional masakan. Data dikumpul melalui kaedah temu bual separa berstruktur dan pemerhatian bagi mendapatkan maklumat mengenai pendekatan yang digunakan guru dan implikasi penguasaan amali murid autistik di dalam penyediaan sandwic semasa kelas amali Asas Masakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden berminat untuk belajar asas penyediaan sandwic yang terdapat dalam mata pelajaran asas masakan bagi kefungsian rendah. Melalui kajian ini, ia dapat dilihat bahawa murid yang mempunyai masalah autistik dapat memahami isi kandungan di dalam mata pelajaran Asas Masakan yang diajar oleh guru. Di samping itu, mereka juga boleh mengaplikasikan bahagian amali masakan ini di dalam kehidupan seharian mereka. Kajian ini mencadangkan supaya isi kandungan mata pelajaran perlu disesuaikan dengan tahap keperluan dan perkembangan pendidikan semasa.
The preparation of sandwiches is one of the skills in the Basic Cooking Competency Unit in the Vocational Skills Curriculum for Special Education. Practical mastery among autistic students, encompassing suitable methods and teaching approaches, is crucial for enhancing student proficiency during basic cooking class sessions. Therefore, this study aims to identify the teaching practices used by teachers in the Basic Cooking Practical Class for Sandwich Preparation and the implications of the approaches implemented for autistic students in the Basic Cooking Class. The study design uses a qualitative case study method. It involves three PPKI teachers selected from a regular secondary school in Sungai Petani, Kedah, which runs an Integrated Special Education Program, teaching basic and vocational cooking subjects. Data were collected through semi-structured interviews and observations to gather information about the approaches used by teachers and the implications of practical mastery for autistic students in preparing sandwiches during the Basic Cooking Practical Class. The study findings show that respondents are interested in learning the basics of sandwich preparation within the basic cooking subject for low-functioning students. Through this study, it can be seen that students with autism can understand the content of the Basic Cooking subject taught by teachers. Additionally, they can apply this practical cooking component in their daily lives. The study recommends that the subject content should be adapted to the level of need and current educational development.
